Thursday, July 15, 2010

Tak perlu PAS tapi beriya-iya nak berkerjasama dengan PAS


UMNO tidak lemah hingga perlukan kerjasama Pas: Najib
PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO mempunyai kekuatan tersendiri dan parti itu bukan terlalu lemah sehingga terpaksa bekerjasama dengan Pas.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, Pas harus menghormati UMNO sebagai parti yang memperjuangkan Islam dan juga satu daripada teras perjuangan mereka selama ini.

Beliau berkata, tiada sesiapa harus meragui perjuangan UMNO dalam hal itu.

"Saya tidak mahu buat apa-apa kenyataan lagi sebab Timbalan Presiden UMNO (Tan Sri Muhyiddin Yassin) membuat kenyataan. Saya rasa cukuplah dengan kenyataan itu.

"Saya cuma nak nyatakan bahawa UMNO memang mempunyai kekuatan tersendiri dan bukan kerana kita ini terlalu lemah, kita terpaksa mencari kawan baru dengan Pas," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perhimpunan bulanan, penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang 2009 dan Penganugerahan Pembaharuan Pensijilan 5S Perbendaharaan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Muhyiddin menyatakan komitmen serta kesediaan UMNO untuk bertemu dan menjalin kerjasama dengan Pas dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini.

Sebelum ini, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam dipetik sebagai berkata bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya Pas dan UMNO bersatu.

Berikutan itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Razak Idris mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas supaya kerjasama antara UMNO dan Pas dapati dicapai.

Mengulas lanjut, Najib berkata, sama ada kerjasama antara UMNO dan Pas itu menjadi kenyataan atau sebaliknya bergantung kepada perkembangan selanjutnya. - Bernama







Sinar Harian :: Suara Cakna Komuniti Anda

No comments:

Post a Comment