Sunday, September 5, 2010

Polis Hamas tahan Ketua Perkhidmatan Kecemasan Gaza



05/09/2010 2:32am

GAZA CITY 5 Sept. - Polis Hamas telah menahan Ketua Perkhidmatan Kecemasan Gaza, Dr. Muawiya Hassanein semalam, kata abangnya, Abdul Halim Hassanein.
“Pasukan Keselamatan Dalam Negeri datang ke rumahnya di Tel Al-Hawa pada petang kelmarin dan menahannya tanpa diketahui sebabnya,” beritahu beliau kepada AFP.
Menurutnya, pasukan keselamatan telah menggeledah rumah beliau dan merampas komputer termasuk komputer riba yang melibatkan dokumen-dokumen berhubung tugasannya di Kementerian Kesihatan.
Pihak berkuasa Hamas tidak memberi sebarang alasan di atas penahanan itu.
Dr. Muawiya, bekas pegawai pihak berkuasa Palestin daripada Gerakan Islam yang merampas kembali Gaza pada tahun 2007 dan sejak itu ia terus berkhidmat dengan Hamas. - AFP

No comments:

Post a Comment