Monday, October 25, 2010

9,469 serangan seksual dilapor





2010/10/25

KUALA LUMPUR: Sebanyak 9,469 kes serangan seksual membabitkan kanak-kanak, termasuk lelaki dilaporkan berlaku di negara ini antara 2008 dan Ogos lalu, kata Timbalan Pengarah Siasatan/Perundingan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani. 

Katanya, walaupun jumlah itu membimbangkan, polis yakin ia boleh ditangani dengan kerjasama semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Daripada jumlah itu, 4,428 kes membabitkan rogol, kebanyakannya kanak-kanak berumur 16 tahun ke bawah.
“Jumlah serangan seksual membabitkan kanak-kanak perempuan yang ditakrif bawah 18 tahun lebih tinggi berbanding serangan seksual terhadap wanita, iaitu 53.7 peratus,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program perlindungan wanita dan kanak-kanak dianjurkan oleh Yayasan Bakti Nusa Malaysia di sini, semalam. 

Ia dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie. 

Acryl Sani berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 2,700 kes rogol membabitkan kanak-kanak bawah 18 tahun dilaporkan, meningkat berbanding 2,507 kes pada 2008, manakala sehingga Ogos lalu saja sebanyak 1,756 kes dilaporkan. 

“Kes serangan seksual membabitkan wanita antara 2008 dan Ogos lalu pula 5,174 kes. Ini menunjukkan kanak-kanak mudah terdedah kepada jenayah seksual dan ia memerlukan perhatian serius daripada semua pihak,” katanya.

No comments:

Post a Comment