Monday, October 25, 2010

Bantah kilang dekat perumahan




PENDUDUK Taman Suria mengadakan perhimpunan membantah operasi kilang membuat sarung tangan getah yang terletak bersebelahan dengan kawasan perumahan mereka di Taman Suria, Bestari Jaya di Kuala Selangor.


KUALA SELANGOR - Lebih 100 penduduk Taman Suria di Bestari Jaya di sini semalam berhimpun bagi membantah penambahan struktur baru sebuah kilang sarung tangan yang dibina begitu dekat dengan rumah mereka.
Rata-rata penduduk mendakwa, projek sejauh kira-kira 30 meter dari kediaman itu menyebabkan kesan pencemaran udara akibat pelepasan gas ammonia dan asap hitam manakala sisa toksik disalirkan ke parit.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Suria, P. Jegan mendakwa, sebelum kilang itu dinaik taraf pada Oktober tahun lalu dan mula beroperasi bulan lepas, premis tersebut asalnya terletak kira-kira satu kilometer dari kawasan perumahan.
"Sekarang, kilang ini semakin besar dan sangat hampir dengan 184 buah rumah yang diduduki kira-kira 1,000 penduduk di taman ini dan pelbagai masalah kesihatan telah berlaku kepada mereka.
"Antara masalah kesihatan yang sering dihadapi akibat pencemaran ini ialah gatal kulit, pedih mata, pening kepala dan batuk selain rumah sentiasa berhabuk," katanya kepada pemberita di sini semalam

No comments:

Post a Comment