Sunday, January 23, 2011

BIADAP: MB Johor dan Muhyidin persenda hukum Allah, takutkan pengundi Cina dengan negara Islam!




BERITA 1

MB Johor beri amaran, PAS akan potong tangan pencuri!

Sama ada anda percaya atau tidak, namun inilah wajah sebenar pemimpin UMNO yang memperlekeh dan mempersenda hukum Allah. Menteri Besar Johor, Ghani Othman memberi amaran kepada para pengundi di DUN Tenang supaya jangan mengundi calon PAS, jika tidak "Parti Islam itu akan memotong tangan anda jika mencuri" [
Malaysia Chronicle].


Dalam kempennya yang disiarkan di dalam bahasa Inggeris di portal Malaysia Chronicle, beliau berkata seperti berikut,

“What will happen when PAS comes to power? PAS already came to the Felda areas, saying that they want to form an Islamic state. They say they want laws to chop off your hands for stealing. That is the content of their campaign with the Malays in Chemplak in Tenang,”
Terjemahan:
"Apa akan jadi bila PAS mendapat kuasa? PAS kini sudah sampai ke kawasan-kawasan FELDA, mereka kata mahu menubuhkan Negara Islam. Mereka kata mahukan undang-undang yang akan memotong tangan kamu jika mencuri. Inilah isi kandungan kempen mereka di hadapan Orang Melayu Chempelak di Tenang,"
Seorang pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam yang sepatutnya memberikan pemahaman kepada orang bukan Islam tentang kebaikkan dan keindahan Hukum Islam, sebaliknya bertindak menakut-nakutkan orang bukan Islam dan mengelirukan mereka.

Sekali lagi "Akhirat dijual demi kuasa politik di dunia"

Tergamak menteri ini memburuk-burukkan Islam di hadapan orang-orang bukan Islam, di manakah rasa cinta dan imannya terhadap Agama Allah? Adakah hukum 'hudud' yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran hanya layak dijadikan bahan untuk diperlekeh dan dipersendakan?

Secara peribadi, ReJaM© benar-benar terkejut dengan kenyataan ini, apabila ia keluar dari mulut seorang pemimpin yang beragama Islam. Menolak satu ayat sahaja dari Al-Quran sudah dihukum sebagai orang yang ingkar dan kafir, bagaimana pula hukum mempersenda dan menakut-nakutkan manusia lain dengan cara ini?

Sanggupkah anda sebagai seorang Islam yang cintakan Agama Allah ini bersekongkol dengan pemimpin seperti ini? Dia hanya mementingkan kuasa politiknya, agamanya sendiri sanggup digadaikan demi politik! Barangkali dialah yang paling takut dengan hukum Islam, kerana jika ia dijalankan di Malaysia, maka tangannyalah yang terlebih dahulu akan dipotong kerana merompak harta rakyat! - Milosuam.blogspot.com
BERITA 2

Muhyuddin Sokong MCA Tolak Negara Islam

KL 22 Jan 11: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terus bermuka dua di kalangan masyarakat Islam apabila jelas menolak penubuhan negara Islam di Malaysia.


Ini terbukti apabila beliau menyoikong dan berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka.

Sambil menyifatkan isu berkenaan bukan satu perkara baru, Muhyiddin berkata PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya.

"Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada.

"Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang.
Muhyiddin menjawab soalan pemberita sama ada isu negara Islam yang dibangkitkan oleh MCA untuk meraih balik sokongan kaum Cina dalam pilihan raya Tenang yang akan berlangsung pada 30 Januari ini.

Pada pilihan raya itu, akan berlaku pertandingan dua penjuru antara calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS Normala Sudirman.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dalam Pakatan Rakyat, mereka tidak sepakat dan di antara PAS dan DAP "mereka bertembung sehingga mengambil satu sikap berdiam diri dan tidak bercakap" mengenai perkara tersebut.


(BIADAP: MCA hina Islam di Tenang, takutkan pengundi Cina dengan penubuhan negara Islam!..baca di SINI..)

"Kalau bercakap nanti seluruh dunia tahu, kita akan kalah dan orang tidak akan sokong kita," perli Muhyiddin

"Tapi ia (penubuhan negara Islam) masih ada lagi, PAS tidak tukar perlembagaan macam (Datuk Seri) Dr Chua (Soi Lek) sebutkan, dan Karpal Singh pun kata langkah mayat saya dahulu kalau nak kepada negara Islam," katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin pengundi di Tenang memahami perkara muslihat Pakatan Rakyat dan berkata jentera BN akan turun padang membuat penjelasan kepada pengundi.

"Kita terangkan mana yang hak mana yang betul, yang batil kita tidak ceritakan. Kita membawa risalah yang baik supaya rakyat dapat menilai dan memilih dengan bijaksana," katanya. - Ibnu Hussin/Malaysiakini

No comments:

Post a Comment