Mahkamah Koroner sebentar tadi tidak dapat membuat keputusan sama ada Teoh Beng Hock dibunuh atau membunuh diri.
Koroner Azmil Musthapa Abas sebaliknya membuat keputusan terbuka atau 'open verdict'.
Teoh ditemui mati pada 16 Julai, 2009 di koridor tingkat 5, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.
Inkues yang dijadualkan berlangsung selama sebulan mulai 29 Julai, 2009 akhirnya berlarutan dan selesai 4 November tahun lalu.
No comments:
Post a Comment