Thursday, January 6, 2011

Tahanan mati di lokap polis akibat serangan jantung

Tahanan mati di lokap polis akibat serangan jantung - Malaysiakini:
Jan 5, 11 6:47pm
Kongsi

Seorang tahanan lelaki mati di lokap Balai Polis Nibong Tebal di Seberang Perai awal hari ini akibat serangan jantung.

Ooh Joo Kia, 44, seorang penjaga kedai komputer, disahkan meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi selepas rebah di dalam lokap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Zahruddin Abdullah berkata Ooh ditahan bersama tujuh lelaki lain bagi membantu siasatan kes perjudian berkomputer.

'Ooh dikatakan rebah pada pukul 3.30 pagi dalam lokap dan polis telah memberikan bantuan kecemasan tetapi dia tidak dapat diselamatkan,' katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sungai Bakap mendapati Ooh mati akibat penyakit lemah jantung dan tiada kesan kecederaan ditemui pada badan lelaki itu.

Kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut, katanya.

Beliau berkata Ooh yang masih bujang itu mempunyai lebih kurang 10 rekod jenayah berkaitan kes dadah dan perjudian.

- Bernama"

No comments:

Post a Comment