Ibunya, Cik Wan Suriani Wan Yusoff, 35 tahun, meratap hiba melihat nasib anak sulungnya itu.Amirul Najwan yang sihat tiba-tiba menderita penyakit misteri sejurus setelah mengalami demam panas pada 2 April 2009.Cik Wan Suriani berkata hatinya cukup tersentuh oleh keadaan anak kesayangannya itu, yang masih tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif selain terbaring kaku di katil.Menurut Cik Wan Suriani, semuanya bermula selepas Amirul Najwan menghidap demam panas dan doktor mengesahkan sel otaknya rosak akibat dijangkiti kuman.'Doktor berkata penyakit anak saya dikenali sebagai Acute Necrotising Encephalitis (ANEC) dan penyakit itu agak jarang ditemui di negara ini.'Apa yang diberitahu kami ialah jangkitan kuman itu menyebabkan sel otaknya mati.'Sejak itu, anak saya terbaring di atas katil dan memerlukan penjagaan rapi sepanjang masa kerana hidupnya bergantung sepenuhnya pada alat bantuan pernafasan,' kata beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Permata, Hulu Klang, kelmarin.Menurutnya lagi, doktor menebuk lubang pada leher anaknya itu untuk membolehkan tiub pernafasan dipasang.Tiub itu perlu ditukar setiap dua minggu di hospital.'Dalam tempoh sebulan kami terpaksa menghabiskan RM2,000 ($843) bagi membiayai kos rawatan Amirul Najwan, termasuk membeli susu khas berharga RM60 setin yang biasanya akan habis dalam tempoh tiga hari.'Tahun lalu sahaja lebih 20 kali Amirul Najwan dimasukkan ke hospital. Setiap hari saya menjaganya pada sebelah malam, manakala bapanya menjaga pada waktu siang,' kata Cik Wan Surianinya, yang mempunyai seorang lagi anak berusia enam tahun.Beliau dan suaminya, Encik Mohd Najmin Nazar, 36 tahun, bukan sahaja buntu memikirkan tentang kesihatan anaknya itu yang sehingga kini gagal dipulihkan, bahkan sedih mengenangkan masa depannya. |
Tuesday, January 18, 2011
Koma sejak 2009 lepas demam panas
Labels:
koma
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment