myMetro | >Pembantu rumah buat penafian bertulis:
CIPANAS: Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), Jumhur Hidayat, semalam turut menafikan laporan seorang menteri Malaysia merogol seorang pembantu rumahnya.
Menurut Jumhur, ada pengesahan bertulis daripada pembantu rumah terbabit, Robingah, yang menyatakan dia tidak pernah mengalami serangan seksual sepanjang bekerja di rumah menteri itu.
“Seorang kakitangan BNP2TKI bertemu Robingah di rumahnya di Madukara dan memperoleh kenyataan bertulisnya,” katanya.
Dalam kenyataan itu, Robingah mengaku tidak pernah diperkosa dan dilayan dengan baik oleh majikannya.
Laporan itu diserahkan kepada Menteri Tenaga kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar.
Berhubung dakwaan Robingah dirogol seorang menteri ketika di Malaysia, Jumhur berkata, semua pihak perlu berhati-hati dan menyemak maklumat yang ada sebelum membuat kenyataan.
“Dakwaan ini membabitkan maruah seseorang,” katanya. - Agensi"
No comments:
Post a Comment