Wednesday, March 2, 2011

Bantahan di Oman masuk hari keempat

SOHAR (Oman): Tentera Oman telah melepaskan tembakan ke udara hingga mencederakan seorang perusuh ketika cuba menyuraikan satu perhimpunan yang menuntut pekerjaan dan pembaharuan politik di Sohar, bandar pelabuhan utara, dalam bantahan yang masuk hari keempat, kata saksi-saksi.
'Ada sekitar 200 hingga 300 orang di jalan raya. Pihak tentera telah menembak ke udara. Ramai yang lari. Orang yang ditembak itu telah cuba menenangkan tentera,' kata seorang penunjuk perasaan.Orang ramai bersurai tetapi berhimpun semula di satu bulatan berhampiran pelabuhan itu dan tentera akhirnya berundur, kata para saksi.Kelmarin, perusuh telah menghalang pintu masuk ke pelabuhan Sohar, yang mengeksport 160,000 tong minyak yang ditapis setiap hari. Bantahan mula merebak ke Muscat.Kegelisahan seperti di Sohar, pusat industri utama Oman itu, jarang berlaku dalam kerajaan yang biasanya tenang dan sudah empat dekad diperintah Sultan Qaboos bin Said.Dalam usaha meredakan ketegangan Sultan Qaboos telah menjanjikan 50,000 pekerjaan dan faedah pengangguran AS$390 (kira-kira $496) sebulan Ahad lalu. Beliau juga berjanji akan mengkaji peluasan kuasa satu majlis penasihat kuasi-parlimen.Di Bulatan Globe - pusat pemberontakan yang telah menarik 2,000 orang sepanjang tiga hari - lima kenderaan berperisai masih berkawal, tetapi tidak kelihatan sebarang pemberontak.Hingga enam orang maut di Sohar Ahad lepas apabila polis menembak ke arah perusuh yang membaling batu selepas gagal menyuraikan mereka menggunakan belantan dan gas pemedih mata.Seorang doktor dan beberapa jururawat di sebuah hospital kerajaan berkata enam orang mati, tetapi menteri kesihatan Oman berkata hanya seorang yang maut.Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Encik P.J. Crowley, kelmarin berkata pihaknya telah menghubungi kerajaan negara itu dan meminta mereka menyelesaikan perselisihan melalui dialog.Sultan Qaboos, yang berkuasa mutlak, menyusun semula kabinet Sabtu lalu, seminggu selepas satu bantahan kecil di ibu kota Muscat memberikan tanda awal kegelisahan dunia Arab boleh sampai ke Oman, yang ada jalinan politik dan tentera kuat dengan Amerika. -- Reuters.
Cyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment