Wednesday, March 2, 2011

Tiada lagi tolak ansur




PESALAH trafik beratur panjang untuk membayar saman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kelmarin.


KUALA LUMPUR – Kesemua 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pesalah trafik setelah tempoh tawaran diskaun 50 peratus berakhir kelmarin kini disenarai hitam oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ia berkuat kuasa serta-merta semalam sekali gus bermakna kesemua pesalah trafik terbabit tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu selagi tidak membayar saman tersebut sepenuhnya.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Aziz Yusof berkata, sebanyak 1.5 juta saman diselesaikan oleh pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam kelmarin iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis tamat.
Bagaimanapun katanya, masih ada 17.3 juta saman yang belum dibayar.
“Jadi untuk pemandu yang belum menyelesaikan saman, mereka telah disenarai hitam berkuat kuasa semalam,’’ katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.Kosmo! Online - Negara

No comments:

Post a Comment