Berita Harian
Rakaman CCTV dedah aktres tak bayar kalung dipakai
LOS ANGELES: Satu rakaman video terbaru yang disiarkan semalam dilapor menunjukkan pelakon dan penyanyi Lindsay Lohan berulang kali mencuba beberapa utas rantai di sebuah kedai barang kemas di bandar raya ini sebelum memakai satu daripadanya.Rakaman berkenaan diambil daripada empat buah kamera litar tertutup (CCTV) di kedai Venice milik Kamofie & Co yang disiarkan oleh Entertainment Tonight (ET) bersama analisis oleh beberapa peguam yang tidak mengendalikan kes berkenaan.
Dalam rakaman selama 45 minit itu, Lohan dilihat berjalan masuk ke dalam sebuah kedai barang kemas pada 22 Januari lalu dengan memakai kalungnya sendiri.
Sejurus masuk dia membuka kalungnya dan mencuba beberapa tiga utas rantai berlainan di kedai itu, sebelum memilih rantai berharga AS$2,500 (RM7,858).
Lohan kemudian memakai rantai itu dan tidak membukanya semula selepas itu, sebaliknya dia cuba melindungi dengan memakai semula kalung kepunyaannya.
ET berkata ia akan menyiarkan satu lagi rakaman menunjukkan Lohan meninggalkan kedai dengan kedua-dua utas rantai di lehernya.
Lohan sebelum ini didakwa secara salah mengambil rantai berharga AS$2,500 dari kedai terbabit tanpa membayarnya.
Lohan akan kembali ke mahkamah esok di mana peguamnya akan diberitahu sama ada aktres Mean Girls itu dibenarkan membuat rayuan dalam kes mencuri yang boleh dihukum penjara jika sabit kesalahan. – AP
2011/03/10
RAKAMAN CCTV menunjukkan Lohan mencuba rantai di sebuah kedai barang kemas di Venice. |

No comments:
Post a Comment