Sunday, April 10, 2011

12 rakyat Palestin maut serangan Israel




Penduduk Palestin memadamkan kebakaran di sebuah terowong menyeludup barangan ketika rejim Israel melancarkan serangan udara di kawasan sempadan Rafah dan Mesir di Genting Gaza, kelmarin. - REUTERS


KOTA GAZA 9 April - Serangan udara dan kereta kebal yang dilancarkan Israel ke atas Gaza semalam dan awal hari ini mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang, serangan paling ganas sejak perang Gaza dua tahun lalu.
Perjanjian damai sementara oleh pejuang Hamas terlerai walaupun sebelum itu mereka sendiri turut melancarkan serangan roket dan mortar ke selatan Israel.
Korban baru itu berlaku sehari selepas Hamas melancarkan peluru berpandu anti-kereta kebal ke atas sebuah bas sekolah Israel yang menyebabkan seorang remaja cedera parah dan pemandunya cedera ringan.
"Serangan bas sekolah itu melampau. Sesiapa yang cuba mencederakan dan membunuh kanak-kanak akan menerima balasan sama," kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Prague, semalam.
Sejak serangan itu, Israel telah melancarkan lebih 20 serangan ke atas Gaza dan seramai 16 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak berusia 10 tahun, lima pejuang Hamas dan seorang anggota polis telah terkorban.
Sekurang-kurangnya 57 penduduk Palestin turut cedera dengan 12 daripada nya cedera parah, menurut pegawai perubatan.
Serangan yang mengorban seramai 12 orang itu dalam tempoh 24 jam adalah yang terburuk sejak tamatnya serangan Israel selama 22 hari ke atas Genting Gaza pada Disember 2008 yang mengorbankan 1,400 penduduk Palestin, lebih separuh daripadanya adalah penduduk awam. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments:

Post a Comment