Sunday, April 24, 2011

Isteri boleh tuntut fasakh


KUALA LUMPUR: “Isteri yang menjadi mangsa suami ‘makan luar’ dan menyedari dirinya ditipu suami boleh mendapatkan fasakh. Dalam kes sebegini, Mahkamah Syariah ada kuasa untuk memisahkan pasangan bermasalah,” kata penceramah bebas, Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz.
Semalam, akhbar ini melaporkan seorang suami yang bekerja sebagai pemandu treler dan gemar mendapatkan khidmat pelacur, menerima padah apabila disahkan menghidapi penyakit kelamin, Clymidia dan mandul.

Dalam masa sama, si suami yang hanya dikenali sebagai Mail, 38, berhajat menceraikan isterinya kerana gagal memberikan zuriat selepas empat tahun berkahwin kerana penyakit itu.

Menurut Hassan, si suami tidak perlu menceraikan isterinya kerana wanita itu lebih berhak mendapatkan fasakh.

Ini disebabkan lelaki terbabit tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

“Jika isteri enggan mendapatkan fasakh, si suami juga boleh menceraikan isterinya. Jika persetujuan dicapai dan mereka enggan bercerai, si suami perlu kembali ke jalan benar dan bertaubat.


“Islam melarang perlakuan maksiat dan zina. Malah, dalam peristiwa Israq dan Mikraj, Rasulullah memilih daging yang baik dan bersih daripada yang kotor dan busuk,” katanya.

No comments:

Post a Comment