Sunday, April 24, 2011

Janda Roslin enggan terbabit


KUALA LUMPUR: Bekas isteri pemain badminton negara Roslin Hashim, 36, Norhayati Othman, 39, enggan dikaitkan dengan sebarang berita atau kejadian membabitkan Roslin serta keluarga produser, Raja Azmi Raja Sulaiman, 51.
Ketika dihubungi Metro Ahad semalam, Norhayati menganggap dia tiada kaitan dengan apa yang berlaku kerana baginya segala-galanya sudah selesai.

“Saya tidak mahu masuk campur lagi kerana apa yang saya lihat sekarang adalah membabitkan pihak mereka dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Jadi, rasanya saya tidak perlu bercakap apa-apa kerana tidak menjadi keperluan untuk saya memberi sebarang kenyataan.

“Lagipun, jika ada perkara yang ingin saya katakan, ia akan dibuat mengikut saluran betul,” katanya ketika diminta mengulas luahan rasa bekas jaguh badminton beregu negara, Jalani Sidek, 48, yang juga suami Raja Azmi berhubung kes tuduhan khalwat membabitkan isterinya dan pelbagai tuduhan serta tohmahan dilemparkan terhadapnya.

Beliau mendakwa mengetahui apa sebenarnya berlaku (antara Roslin dan Raja Azmi) yang dikatakan berkhalwat di sebuah hotel pada Ogos, tahun lalu, kerana ketika kejadian dia berada di hotel berkenaan.


Norhayati berkata, dia hampir melupakan kejadian silamnya, malah baru mengumpul kekuatan untuk memulakan hidup baru.

No comments:

Post a Comment