Monday, April 4, 2011

Lelaki 2.5 kali lebih berisiko terbabit nahas jalan raya

SH: "

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dianalisis oleh Miros mungkin boleh memberikan lebih penerangan mengenai situasi yang sedang hangat diperkatakan.

Tahun 2009, bilangan nahas jalan raya melibatkan pemandu lelaki adalah 2.4 kali lebih banyak dari pemandu wanita. Jika diambil kira bilangan penduduk, lelaki mempunyai kadar nahas jalan raya sebanyak 1,351.74 bagi setiap 100,000 penduduk lelaki, berbanding 537.97 kemalangan melibatkan pemandu wanita bagi setiap 100,000 penduduk wanita di Malaysia.

Dari statistik berkenaan, lelaki adalah 2.5 kali lebih berisiko berbanding wanita.

Bagaimanapun, analisis yang lebih terperinci memberi beberapa dapatan menarik. Sekiranya dilihat trend penglibatan pemandu lelaki dan wanita dalam nahas jalan raya pada 2009 berbanding 2006, didapati bahawa kaum wanita menunjukkan trend peningkatan yang kurang sihat.

Jumlah pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan telah bertambah dari 26.40 peratus berbanding lelaki (73.60 peratus) pada 2006, dan telah meningkat ke 29.69 peratus pada 2009.

Dari segi bilangan sebenar, pemandu lelaki yang terlibat dengan kemalangan telah meningkat sebanyak 67.93 peratus jika dibandingkan 2009 dengan 2006. Untuk kaum wanita pula, bilangannya telah meningkat hampir dua kali ganda, sebanyak 97.74 peratus bagi tempoh yang sama."

No comments:

Post a Comment