BUTTERWORTH: Selepas 14 tahun mengharapkan supaya anak yang dilarikan bekas isterinya kembali ke pangkuannya, Ismail Ariffin atau lebih dikenali sebagai Lepat kini terpaksa akur dengan perpisahan itu.
“Sudah puas saya minta bantuan sana sini mendapatkan semula anak saya (Sunni Sazali), tetapi semuanya tidak berhasil. Kini saya hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti dia kembali.
“Sudah hampir 14 tahun saya cuba minta tolong pihak berkaitan tetapi semuanya seperti membisu hingga menyebabkan jiwa saya tertekan memikirkannya.
“Sehingga kini, semua pihak seperti sudah melupakannya termasuk juga Mahkamah Syariah Pulau Pinang yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap Sunni ketika dia dilarikan bekas isteri saya,” katanya.
Menurutnya, sejak kejadian Sunni dilarikan bekas isterinya, Aishah Jane Brummit, dia banyak memendam perasaan.
Katanya, akibat terlalu lama memendam perasaan itu juga menyebabkan dia disahkan menghidap penyakit hulu hati dan buah pinggang.
“Saya menderita penyakit ini sudah sekian lama hingga terpaksa menjalani pembedahan di Jerman pada 2009 dan doktor di sana mengesahkan bahawa penyakit itu disebabkan gangguan emosi kronik yang dialami.
“Siapa yang mampu bertahan dengan situasi dihadapi seperti ini, sudahlah anak dilarikan ketika dalam jagaan ‘pihak berkuasa’, bantuan diharapkan dapat mengusahakan kepulangannya semula juga tidak berhasil,” katanya.
Lepat yang kini menetap di Bremen, Jerman, ditemui Harian Metro ketika dia pulang ke kampungnya di Bagan Lebai Tahir, dekat sini, baru-baru ini.
Sebelum ini, kes Lepat dan Sunni mendapat perhatian ramai di seluruh negara selepas dikejutkan dengan berita mengenai Aishah melarikan anak mereka ketika mengadakan pertemuan dengan anaknya atas perintah Hakim Mahkamah Syariah Timur Laut pada waktu itu, Othman Ibrahim.
Pada 1 April 1997, mahkamah mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni setiap pagi Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown.
Bagaimanapun, Aishah mengambil kesempatan daripada perintah itu dengan merancang melarikan Sunni ke luar negara menerusi sempadan di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Malah, insiden itu bukan yang pertama kerana pada Februari 1996, Aishah pernah melarikan Sunni ke negara asalnya sebelum Lepat berusaha ‘merampas’ anak sulungnya itu ketika sedang tidur di kediaman keluarga mentuanya di Devon, England.
Kini, pasangan yang sudah berpisah itu membawa haluan masing-masing dengan Aishah, 38, menetap bersama Sunni, 16, di Devon, manakala Lepat yang berkahwin untuk kali kedua pula dengan rakyat Jerman dan kini tinggal bersama isterinya, Nor Azlina Ceasar Abdullah, 27, yang juga penuntut peringkat sarjana bidang psikologi di Universiti Bremen dan anak perempuan mereka, Siti Aminah, 4, serta Ahmad Azli Ceasar, 8 bulan.
Difahamkan, Sunni kini aktif menyertai pertandingan tarian dan pernah layak ke pertandingan akhir rancangan popular di United Kingdom (UK), Got To Dance, bersama kumpulannya, Jukebox Juniors yang dianggotai sembilan kanak-kanak cilik dan remaja.
Kumpulannya cukup dikenali di UK, malah pernah menjadi juara pertandingan tarian hip hop dan dia kini dikenali sebagai Sunni Brummitt.
Lepat yang menyara hidup sebagai pelukis dan pemain muzik jalanan di Bremen termasuk menerima bantuan skim saraan diri oleh kerajaan negara itu, mengakui dia sangat merindui Sunni dan beberapa kali pernah cuba berkomunikasi dengannya melalui laman sosial, facebook tetapi anaknya itu seperti mengelak daripada ‘berbual’ dengannya.
“Dengan apa yang terjadi kepada saya ini, saya tidak berdendam kepada Aishah Jane tetapi akan terkilan jika dia dan Sunni tidak lagi mengikut ajaran Islam.
“Walaupun ramai mempersoalkan gaya penampilan saya hingga ada yang pernah mendakwa saya mengikut ajaran sesat, sebenarnya saya taat kepada ajaran Islam dan tidak kisah apa yang orang katakan,” katanya.
“Malah, saya ada merancang untuk membawa isteri dan anak-anak di Jerman pulang dan menetap di Malaysia kerana mahukan mereka mendalami ajaran Islam.
“Tengoklah macam mana nanti kerana isteri saya ada dua tahun lagi untuk menamatkan pelajarannya,” katanya. Menurutnya, kini Siti Aminah dan Ahmad Azli Ceasar yang dapat menghiburkan hati walaupun ia tidak sama Sunni yang dilarikan ketika berusia 20 bulan.
Katanya, dia ada menceritakan kepada Siti Aminah mengenai Sunni dan dia beriya-iya mahu bertemu dengan abangnya itu.myMetro | Lepat derita teringat anak

No comments:
Post a Comment