Monday, May 30, 2011

Kucing didera gara-gara percaya jelmaan ahli sihir



JADI MANGSA KEPERCAYAAN KARUT: Kucing peliharaan Encik Mohmad Shah yang cedera dipukul para penduduk. -- Foto METRO AHAD.


JOHOR BAHRU: Gara-gara taksub dengan cerita misteri berkaitan kucing didakwa jelmaan penjenayah atau ahli sihir, segelintir penduduk di sekitar Taman Ungku Tun Aminah, di sini, sanggup mendera binatang itu.
Kejadian berlaku kelmarin apabila seekor kucing peliharaan seorang mekanik didera sekumpulan remaja di kawasan perumahan itu selepas kononnya menerima arahan pihak tertentu bagi memerangkap kucing jelmaan berkenaan.Pemilik kucing berkenaan, Encik Mohmad Shah Tamyis, 52 tahun, berkata beliau tidak sangka kucing kesayangannya turut menjadi mangsa dan buruan pihak tidak bertanggungjawab selepas terpengaruh dengan kisah yang disebarkan sejak kebelakangan ini.'Sebelum ini, saya difahamkan ada kucing ditangkap dan diserah kepada polis kerana dipercayai jelmaan penyamun yang mengamalkan ilmu hitam.'Mengikut cerita itu, penyamun terbabit dipercayai bertindak demikian kerana memenuhi kehendak melengkapkan ilmunya sebelum malam Jumaat.'Namun, akibat sikap penduduk yang terlalu taksub dengan cerita tersebut, kucing kesayangan saya, Pussy, yang berusia enam bulan menjadi mangsa,' katanya.Menurut Encik Mohmad Shah, beliau hanya menyedari kejadian itu apabila mendengar kekecohan berlaku di luar rumahnya.'Penduduk percaya ia kucing jadian kerana matanya merah ketika terkena pancaran lampu suluh. Berikutan itu, ia dipukul kira-kira 18 remaja lelaki tanpa belas kasihan.'Akibat kejadian itu, ia mengalami luka di beberapa bahagian tubuh dan trauma setiap kali bertemu orang.'Saya terkilan melihat keadaan kucing kami, orang ramai sepatutnya bersikap waras dan tidak taksub dengan perkara karut yang belum tentu kesahihannya,' katanya.Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Binatang Peliharaan Bahtera Noah, Cik Mariam Yusof, berkata tindakan memerangkap kucing yang dianggap jelmaan adalah tidak munasabah dan tidak berperikemanusiaan.Katanya, penduduk tidak harus bertindak sedemikian dan dinasihatkan menghentikan perbuatan itu.'Sebelum ini, saya dengar ada seekor kucing ditahan di lokap dan badannya dikatakan panjang, saya tidak menafikan kemungkinan ia kucing hutan dan bukan jadian,' katanya. -- Metro AhaCyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment