Monday, May 30, 2011

Liga Arab tak peduli bantahan AS, Israel

DOHA: Liga Arab semalam mengambil keputusan untuk mendapatkan keanggotaan penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi negara Palestin di Semenanjung Gaza dan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Keputusan itu dibuat walaupun mendapat bantahan daripada Amerika Syarikat dan Israel.

Jawatankuasa Proses Damai Liga Arab yang bermesyuarat di Doha berkata, ia akan mengemukakan permohonan itu pada Perhimpunan Agung PBB di New York September depan.

Rancangan Liga Arab itu bagaimanapun tidak mungkin berjaya kerana mendapat tentangan daripada Amerika Syarikat yang mempunyai kuasa pembatal di Majlis Keselamatan.


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, minggu lalu mengecam rancangan itu dengan menyifatkannya sebagai tindakan simbolik untuk memencilkan Israel dari PBB, merujuk kepada rancangan Liga Arab itu.

Palestin ketika ini hanya diberi taraf pemerhati di badan dunia itu tanpa mempunyai hak untuk mengundi. - Reuters

myMetro | Liga Arab tak peduli bantahan AS, Israel

No comments:

Post a Comment