Sunday, May 22, 2011

Tanah runtuh Hulu Langat: Setengah jam tertimbus


KEADAAN pergerakan tanah  yang menyebabkan kematian 10 orang di Hulu Langat, semalam.
KEADAAN pergerakan tanah yang menyebabkan kematian 10 orang di Hulu Langat, semalam.

Pelajar cerita pengalaman dihempap tanah sebelum diselamatkan

KUALA LUMPUR: “Saya nampak tanah dah runtuh sikit tetapi dalam masa beberapa saat saja, kawasan itu ranap dan tanah jatuh ke atas dewan dan tempat belajar. Saya nampak kawan yang tertimbus, ada yang tenggelam separuh, ada kena timpa batu dan ada mulut berbuih kerana kesakitan.

“Saya tak boleh buat apa-apa, cuma mampu selamatkan diri sendiri. Kejadian berlaku terlalu pantas, saya cuba lari tetapi tak sempat.
“Saya cuma sedar saya sudah tertimbus. Mereka (penduduk) ambil masa setengah jam nak keluarkan saya. Syukur, saya selamat,” kata Mohd Jihad Jalal, 14, seorang penghuni yang berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh itu.
Rakannya, Mohd Iman Abdullah, 14, berkata sebaik saja melihat pergerakan tanah di lereng bukit, dia sempat menjerit kepada rakannya yang berada di situ supaya melarikan diri tetapi ramai yang terperangkap kerana runtuhan berlaku terlalu pantas.

Seorang penduduk kampung yang enggan dikenali berkata, selepas kira-kira 15 minit menggali kawasan tertimbus menggunakan cangkul, penduduk menemui dua mangsa pertama berusia belasan tahun.

“Terlalu sedih, saya tak sanggup nak tengok keadaan mereka. Ada separuh tertimbus, ada minta tolong, ada yang lambai tangan minta kami keluarkan mereka Kami cuma lakukan setakat termampu sebelum bantuan sampai,” katanya yang tinggal kira-kira 50 meter dari tempat kejadian. Berita Harian Online | Tanah runtuh Hulu Langat: Setengah jam tertimbus

No comments:

Post a Comment