Monday, June 20, 2011

Aksi ‘stunt’ tak berhasil

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga India sanggup melakukan aksi ‘stunt’ dengan menggelungsur dari tiang tingkat dua restoran dia bekerja bagi melepaskan diri selepas diserbu penguat kuasa Jabatan Imigresen di Pekan Segamat dekat sini, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, aksi itu hanya sia-sia berikutan anggota dan pegawai yang menyerbu premis berkenaan terlebih dulu mengepung kawasan sebelum menahannya sebaik lelaki itu tiba di tingkat bawah bangunan dua tingkat.


Dalam Ops Selera kira-kira jam 9 malam itu diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Hasan Silong, lapan lelaki warga India ditahan termasuk penyewa restoran yang juga warga India kerana tinggal lebih masa di negara ini.

Hasan berkata, pihaknya menjalankan siasatan serta risikan selama kira-kira 2 minggu selepas menerima aduan orang awam yang mendakwa penyewa restoran berkenaan menggaji pekerja asing tanpa permit.


Menurut Hasan, pihaknya melakukan penyamaran sebagai pelanggan dengan memesan minuman sebelum menangkap sekumpulan warga India yang sibuk melayan pelanggan. “Selepas melakukan risikan dan berpuas hati dengan maklumat dikumpul, seramai 11 anggota digerakkan ke tempat lokasi bagi menjalankan Ops Selera itu.


“Ketika serbuan dilakukan, seorang daripada suspek cuba melarikan diri dengan menggelungsur menggunakan tiang dari tingkat atas restoran terbabit, namun cubaannya tidak berhasil apabila berjaya ditahan anggota kami. “Hasil pemeriksaan, kami dapati semua pekerja lelaki berkenaan menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara in, manakala majikannya pula menetap di negara ini melebihi masa ditetapkan,” katanya.

myMetro | Aksi ‘stunt’ tak berhasil

No comments:

Post a Comment