Monday, June 20, 2011

‘Doa kejayaan konvoi flotila’

Misi diharap pecah sekatan Israel

YAN: Umat Islam diminta mendoakan kejayaan misi konvoi flotila kemanusiaan ke Gaza yang akan berlepas ke sana pada 27 Jun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berharap misi kali ini membuahkan kejayaan.
“Sudah puluhan tahun umat Islam merasa kepedihan kerana Masjidil Al-Aqsa yang pernah menjadi kiblat penganutnya ditawan Israel.

“Kasih sayang umat Islam terhadap bumi Baitulmaqdis amat besar dan menjadi harapan kita untuk melihat bantuan kepada penduduk Palestin tercapai,” katanya selepas menyerahkan cek bantuan kepada Sekolah Menengah Agama Saadah Al- Diniah Al-Islamiah di Kampung Sungai Limau Dalam, di sini, semalam.

Jamil Khir berkata, pendekatan berbaik-baik dua parti politik Palestin iaitu Hamas dan Fatah berupa petanda positif yang diharapkan dapat merintih kepada pemulihan negara berkenaan.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan mengutus surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon bagi memastikan keselamatan konvoi berkenaan.
Beliau turut melancarkan Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia bagi menyertai International Freedom Flotilla 11 ke Gaza. – BERNAMA
Berita Harian Online | ‘Doa kejayaan konvoi flotila’

No comments:

Post a Comment