LONDON: Seorang lelaki merayu polis supaya tidak mengenakan tuduhan membunuh terhadap isterinya selepas wanita itu membaling pisau dan tertusuk pada perut lelaki itu hingga hampir membunuhnya.
Anthony Mellett, 37, dikejarkan ke hospital dengan pisau berukuran lapan inci pada perutnya selepas bertelingkah dengan isterinya, Jen, 27, di kediaman mereka di Southend, Essex. Pisau itu tidak mengenai arteri dan saraf tunjang Mellett tetapi menghiris ususnya - bahagian yang dikeluarkan sebelum pakar bedah dapat mencabut pisau itu.
Mellet yang menganggap insiden itu satu kemalangan berkata: “Kami jarang bergaduh. Ia hanya perselisihan faham dan apa yang kami mahu ialah melupakannya dan meneruskan kehidupan. “Pisau itu boleh jadi apa saja, selipar, buku, ia sesuatu yang dicapai isteri saya dan dibalingnya. Tetapi secara kebetulan, dia tercapai pisau dan membaling pada saya. Dia tidak berniat mencederakan saya.” - Agensi
No comments:
Post a Comment