Friday, June 10, 2011

Parti pembangkang fail aduan fitnah babitkan adik Thaksin


CALON POPULAR: Cik Yingluck Shinawatra calon utama dan popular Parti Pheu Thai serta adik perempuan mantan perdana menteri Thai, Encik Thaksin Shinawatra, disambut meriah oleh para penyokongnya di Bangkok, semalam. -- Foto AP

BANGKOK: Parti Pheu Thai semalam memfailkan satu aduan kepada Jabatan Pencegah Jenayah Thailand terhadap Encik Kaewsun Atibhodhi dan Dr Tul Sitthisomwong kerana memfitnah Cik Yingluck Shinawatra dan melanggar Akta Jenayah Komputer.
Aduan itu difailkan Encik Prompong Nopparit, jurucakap dan calon parti Pheu Thai, menurut laporan versi dalam talian akhbar Thai, Bangkok Post, semalam.Beliau berkata Encik Kaewsun, seorang ahli akademik dan bekas anggota Jawatankuasa Penelitian Aset (ASC) yang kini sudah dibubarkan, dan Dr Tul, seorang pensyarah fakulti perubatan di Universiti Chulalongkorn dan pemimpin kumpulan pelbagai warna, memfitnah Cik Yingluck, calon utama parti Pheu Thai, dengan secara terbuka menuduh beliau melakukan sumpah palsu berhubung dengan kes penyitaan aset berjumlah 46 bilion baht ($1.9 bilion) terhadap Encik Thaksin Shinawatra, yang juga abang calon perdana menteri parti Pheu Thai itu dan mantan perdana menteri Thailand.Encik Kaewsun dan Dr Tul melanggar Artikel 326 dan 328 Kanun Jenayah dan Artikel 14 (1) Akta Jenayah Komputer, kata Encik Prompong.Menurut beliau, kedua-dua individu itu berhasrat merosakkan populariti Cik Yingluck dan Parti Pheu Thai, menjelang pilihan raya umum Thailand pada 3 Julai ini.'Jika seorang anggota atau eksekutif sebuah parti politik didapati terbabit, Suruhanjaya Pilihan Raya diminta menimbangkan agar membubarkan parti berkenaan,' kata Encik Prompong, seperti ditukil oleh Bangkok Post.Kelmarin, Perdana Menteri Thailand, Encik Abhisit Vejjajiva, menuduh pihak pembangkang, khususnya Parti Pheu Thai, menimbulkan ketegangan politik dengan menutup keburukan jenayah pemimpin de facto mereka, Encik Thaksin.Para penyokong Encik Thaksin daripada Parti Pheu Thai mahu pengampunan diberikan kepada mantan perdana menteri Thai itu jika mereka memenangi Pilihan Raya Umum Thai pada 3 Julai ini.Langkah itu mungkin merintis jalan bagi kepulangan Encik Thaksin, yang digulingkan dalam satu rampasan kuasa pada 2006.Cyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment