Monday, July 11, 2011

Parti Islam Bangladesh bertempur dengan polis



SEORANG penyokong kerajaan menghayun kayu ke arah penyokong parti Islami Andolan Bangladesh yang menunjuk perasaan ganas di Kachpur, dekat Dhaka, Bangladesh, semalam. - Reuters


DHAKA 10 Julai - Polis Bangladesh hari ini melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah beribu-ribu anggota parti berhaluan Islam yang menuntut supaya satu ikrar agama dimaktubkan semula dalam Perlembagaan negara ini.

Sekurang-kurangnya 70 orang termasuk penunjuk perasaan dan anggota polis cedera semasa pertempuran di bandar-bandar perindustrian Fatullah dan Kanchpur, di luar ibu negara, Dhaka.

Parti pembangkang utama, Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) dan pelbagai parti berhaluan Islam melancarkan mogok umum mulai pagi ini untuk menuntut supaya ikrar 'keimanan kepada Allah' kembali dijadikan satu tunjang Perlembagaan. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments:

Post a Comment