HERAT 10 Julai - Seramai tujuh daripada 28 orang pemusnah periuk api diculik minggu lalu di Farah, wilayah barat Afghanistan, dipenggal kepala mereka oleh penculik dan badan mereka ditemui hari ini oleh polis.
Pekerja pembersihan lombong itu diculik pada Rabu lalu di sebuah daerah yang menjadi tempat tumpuan serangan Taliban tetapi tiada siapa yang mengaku terlibat dengan penculikan itu lagi setakat ini.
"Tujuh orang yang diculik itu telah dipenggal. Kami telah menemui satu daripada mayatnya dan yang lain-lain kini dengan ketua kabilah," kata Penolong Ketua Polis wilayah Farah, Mohammad Ghaws Malyar.
Katanya, nasib 21 orang pemusnah periuk api lagi yang diculik masih tidak diketahui.
Seramai 28 orang pemusnah periuk api melakukan kerja amal di barat dan kemudian dibawa penculik ke daerah Bala Buluk yang membakar sebuah kenderaan di sana dan kemudian menculik yang lain.
Kumpulan penjenayah dan pemberontak sering melakukan penculikan penduduk Afghanistan dan pelancong sejak 2001.
Kebanyakan daripada mereka dibebaskan dengan wang tebusan atau sebagai pertukaran dengan banduan.
Pekerja pemusnah periuk api itu bekerja di Agensi Pemusnah Periuk Api Afghanistan, sebuah pertubuhan amal Afghanistan di Kandahar.
Dalam satu kejadian yang serupa Disember tahun lalu, 18 rakyat tempatan yang bekerja dengan Pusat Pengesanan Periuk Api diculik di Khost yang bersempadan dengan Pakistan.
Mereka dibebaskan tanpa dicederakan sehari kemudian dalam satu operasi bersama tentera Afghanistan dan luar negara. - AFP
No comments:
Post a Comment