DUNGUN – Tindakan seorang janda bekerja sebagai pembantu kedai makan yang sering membawa teman lelaki ke rumahnya pada lewat malam sehingga menimbulkan syak wasangka jiran tetangga membawa padah apabila dia dicekup pihak berkuasa ketika berdua-duaan di sebuah rumah dekat sini.
Ketika serbuan, wanita berusia 35 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di kawasan berdekatan itu difahamkan sedang mengurut badan teman lelakinya yang baru berusia 22 tahun.
Teman lelaki wanita terbabit yang difahamkan tengah lalok ketika menerima urutan itu terkejut sebaik menyedari tetamu tidak diundang ke rumah teman wanitanya yang berasal dari Kampung Shukur, Hulu Dungun itu.
Hasil soal siasat, kedua-duanya tidak mempunyai sebarang hubungan muhrim dan mereka dibawa ke Pejabat Agama Daerah untuk siasatan lanjut sebelum didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.SH
No comments:
Post a Comment