Monday, August 15, 2011

3,000 larikan diri daripada sengketa 2 kumpulan MILF

MANILA: Kira-kira 3,000 orang berada di pusat perpindahan di selatan Filipina, semalam kerana melarikan diri daripada pergaduhan antara dua kumpulan Islam, kata pihak berkuasa.
Kedua-dua pihak masih bertelagah tetapi lebih banyak keganasan boleh tercetus pada bila-bila masa, kata Ketua Polis Daerah, Superintendan Marcelo Pintac.

“Ini adalah permusuhan keluarga. Kami masih berusaha (melaksanakan rundingan damai) tetapi mereka tidak mahu berhenti. Mereka mahukan peperangan,” katanya.

Pergaduhan itu adalah antara Komander Adzmie daripada kumpulan pemisah utama negara itu, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan Komander abunawas, pemimpin sebuah kumpulan serpihan MILF.

Pergaduhan dikatakan berpunca daripada rebutan tanah yang sudah tercetus sejak dulu antara kedua-duanya. Isu perebutan tanah antara umat Islam sering mendorong kepada keganasan di selatan Filipina, sejak beberapa tahun lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment