Program dekati masyarakat veteran
TOKYO: Pihak berkuasa Jepun bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti pejabat pos untuk memeriksa keadaan warga tua, memastikan mereka berhubungan dan memperbaiki kehidupan dalam usaha mengelak mereka mati sendirian.
Masyarakat Jepun yang semakin tua, dengan satu dalam empat penduduknya berusia 65 tahun ke atas, bermakna lebih ramai warga tua tinggal bersendirian setiap tahun, dan lebih menyedihkan ada mayat mereka ditemui selepas beberapa hari mati.
Wad kebajikan Shinagawa memulakan kerjasama dengan Pos Jepun yang membolehkan posmen memeriksa penduduk berusia 65 tahun ke atas sebulan sekali dengan menyerahkan kad ucapan.
“Kami berharap dapat mengukuhkan ikatan dengan masyarakat,” kata pegawai badan kebajikan itu, Akihiro Hara.Program ujian berkenaan meminta posmen memastikan semuanya dalam keadaan baik apabila melawat kediaman warga tua dan menghubungi pusat khas di pejabat wad itu jika ada sesuatu yang tidak kena. Pegawai akan menghubungi hospital dan pegawai kebajikan jika diperlukan.Pertambahan warga tua yang keseorangan menjadi masalah sosial yang penting. Tahun lalu, 4.6 juta warga tua tinggal bersendirian di seluruh Jepun, dan bilangan yang mati di rumah meningkat 61 peratus antara 2003 dan 2010, daripada 1,364 kepada 2,194, menurut Biro Kebajikan Sosial dan Kesihatan Awam di Tokyo.Keengganan penduduk Jepun untuk campur tangan dalam kehidupan orang lain, walaupun jiran, bermakna sebahagian warga tua ini menjalani hari tua mereka tanpa bercakap dengan sesiapa.Masalah lain ialah tradisi menghormati warga tua yang semakin dilupakan dan ikatan kemasyarakatan yang sudah tidak sekuat dulu, menjadi punca keadaan itu meningkat, kata pakar.Satu karakter teruk masyarakat Jepun pada masa kini ialah kita melayan warga tua seperti mereka haiwan yang tidak mempunyai kehidupan,” kata pengulas sosial, Tomoko Inukai.Beberapa pendekatan kreatif lain diambil untuk memastikan masyarakat sentiasa berhubung dengan warga tua.Seorang ejen hartanah mula mempromosikan idea perkongsian rumah oleh ibu tunggal dan warga tua, menghimpunkan warga emas yang berminat menyewakan ruang dalam rumah selepas keluarga sendiri meninggalkan mereka kepada ibu tunggal yang mencari rumah pada harga berpatutan.Namun, idea itu masih ada masalahnya, kata Hiroshi Kuwayama, Ketua Pengarah Eksekutif Now-e, firma hartanah yang terbabit.Ibu tunggal masih muda dan lebih mudah menerima idea berkongsi rumah tetapi warga tua mengambil masa untuk menerima konsep ini,” katanya.Usaha lain membabitkan keperluan seperti makanan. Sebuah firma di Niigata, Mills, menghantar makanan setiap hari kepada warga tua yang sudah tidak mampu membeli makanan atau memasak dan memeriksa untuk memastikan mereka sihat. – Reuters bharian

No comments:
Post a Comment