BEIJING 16 Sept. - China hari ini melaporkan 2,182 orang ditahan dan beratus-ratus kumpulan jenayah ditumpaskan dalam satu operasi menentang kegiatan jenayah terancang, tatkala seorang pegawai kanan berjanji akan menghapuskan pakatan sulit polis dengan penjenayah.
Menurut kenyataan dalam laman web Kementerian Keselamatan Awam, operasi itu bermula awal bulan ini dan sebanyak 270 kumpulan telah ditumpaskan.
"Tidak dinafikan terdapat anggota polis yang terlibat dengan kumpulan-kumpulan penjenayah dan usaha untuk menghapuskan kegiatan kongsi gelap terbabit tidak akan dihentikan," kata Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah, Liao Jinrong kepada akhbar berbahasa Inggeris, China Daily. - AFP

No comments:
Post a Comment