Sunday, September 25, 2011

Seorang terbunuh dalam letupan bom di Somalia

MOGADISHU 25 Sept. - Sekurang-kurangnya seorang terbunuh akibat letupan bom yang kuat di pejabat Perkhidmatan Tindakan Perlombongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Mogadishu, Somalia, kata saksi.
Letupan tersebut memusnahkan sebuah kereta di tempat meletak kereta pejabat itu dan membunuh sekurang-kurangnya seorang yang berada di dalam kereta itu, kata saksi Abdullahi Ahmed kepada AFP.
Seorang wakil PBB di Mogadishu turut mengesahkan letupan tersebut namun tidak memberikan sebarang maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment