Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berkata, penganjur forum itu telah mengundang dua bekas tahanan ISA, Francis Seow dan Tang Fong Har untuk menyertai perbincangan mengenai politik domestik.
Menurut kementerian itu, penganjur menguruskan penglibatan Seow dan Fong Har dari luar kuasa kehakiman Singapura dan membenarkan mereka terlibat dalam politik domestik di perhimpunan awam di negara ini tanpa kehadiran sebanar mereka, lapor Channel News Asia.
Seow dan Fong Har menerusi telepersidangan forum yang dihadiri kira-kira 150 orang itu menggesa Singapura memansuhkan ISA, seperti langkah Malaysia yang bercadang memansuhkannya.
Ini merupakan kali pertama penentang kerajaan yang kini hidup dalam buangan berkomunikasi dengan penduduk Singapura secara terbuka.
Seow, 83, yang kini tinggal di Amerika Syarikat (AS), telah ditahan pada 1988 selepas dituduh menerima dana daripada AS untuk menjadi pembangkang yang lebih efektif di Parlimen.
Fong Har, yang dituduh menjadi anggota dalam konspirasi Marxist dan ditahan pada 1987, berkata undang-undang itu patut dimansuh kan tetapi bukan digantikan dengan yang lebih teruk.
Seow dan Fong Har mahu kembali ke Singapura. Dipercayai Seow masih warganegara Singapura, manakala Fong Har telah melepaskan kewarganegaraannya pada 2003.
Malaysia telah mengumumkan ISA, undang-undang penahanan pencegahan, akan dimansuhkan pada Mac tahun depan selepas dua undang-undang baru bagi menggantikannya digubal. - AGENSI
No comments:
Post a Comment