Sunday, December 25, 2011

Umno punca Indeks Persepsi Rasuah negara jatuh

Indeks Persepsi Rasuah
SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas mendakwa, Indeks Persepsi Rasuah negara merudum tiga tahun berturut-turut disebabkan oleh pemimpin Umno yang terlibat dengan pelbagai skandal.
Ketua Penerangannya, Ridhuan Mohd Nor berkata, hal ini terbukti apabila Laporan Audit Negara 2010 mendapati pelbagai ketirisan dalam perbelanjaan di kementerian dan agensi kerajaan.
"Tidak ada apa lagi yang rakyat boleh harapkan melainkan perubahan mesti dibuat rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13)," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Selain itu, beliau mendakwa kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mempersoalkan siapa pemimpin Umno yang tiada masalah, seperti mempersetujui bahawa tiada pemimpin parti itu yang 'bersih' dari sebarang skandal.
Katanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Sharizat itu secara spontan menyindir semua pemimpin Umno.
"Sindiran itu seperti memberi peringatan kepada pemimpin Umno supaya jangan berlagak bahawa mereka tidak ada apa-apa masalah dan selesa dengan keadaan mereka.
“Skandal mereka belum terdedah dan masa akan menentukan keadaan diri mereka dalam Umno," katanya.
Tambahnya, kes Dr Mohd Khir Toyo yang didapati bersalah kerana rasuah di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menjadi kayu ukur bahawa pemimpin Umno sukar untuk dijadikan contoh dan teladan buat rakyat negara ini.
Umno punca Indeks Persepsi Rasuah negara jatuh - Politik - Sinar Harian:

No comments:

Post a Comment