Thursday, January 5, 2012

128,373 pekerja, pendatang diputihkan

PUTRAJAYA: Seramai 128,373 pekerja dan pendatang asing tanpa izin (Pati) dari 15,589 majikan diputihkan menerusi tujuh pusat setempat (OSC) Program 6P sejak proses pemutihan bermula 10 Oktober lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, daripada jumlah itu, OSC Jabatan Imigresen (JIM) Putrajaya merekodkan angka tertinggi iaitu 13,301 permohonan bagi pemutihan 116,018 Pati.


“Ini diikuti Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Seberang Jaya, Pulau Pinang (1,021 majikan, 4,209 Pati); Kompleks KDN Johor Bahru, Johor (907 majikan, 4,073 Pati); Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya (322 majikan, 1,871 Pati); JIM Presint 15 (125 majikan, 1,356 Pati); Kompleks KDN Jalan Duta (162 majikan, 783 Pati) dan JIM Pelabuhan Klang (30 majikan, 63 Pati,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Pada masa sama, Mahmood berkata, satu lagi OSC mula beroperasi semalam di Kompleks KDN Kuantan, Pahang sebagai pilihan kepada majikan di negeri terbabit, selain Kelantan dan Terengganu.


Dalam perkembangan lain, sehingga semalam, sejumlah 73,675 Pati yang terbabit dalam proses pengampunan di bawah pelaksanaan Program 6P sudah keluar dari negara ini.myMetro | 128,373 pekerja, pendatang diputihkan:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment