Thursday, January 5, 2012

Singapura potong gaji Kabinet


SINGAPURA 4 Jan. - Singapura akan mengurangkan kira-kira satu pertiga dari gaji pemimpin utamanya yang berjumlah berjuta-juta dolar, berdasarkan laporan tangga gaji yang didedahkan hari ini.

Pengumuman pengurangan gaji menteri-menteri Kabinet merupakan antara janji yang dibuat oleh Perdana Menteri, Lee Hsien Loong untuk mengurangkan kemarahan rakyat selepas kemenangannya dalam pilihan raya umum tahun lepas.

Bagaimanapun, pengurangan tersebut masih menjadikan menteri-menteri Kabinet negara itu menerima gaji paling tinggi di dunia.

Laporan itu diumumkan oleh Gerard Ee, pemimpin badan bukan kerajaan yang mengetuai penilaian tangga gaji tersebut.

''Laporan itu mewakili ketetapan rangka gaji baru menggunakan satu formula dengan komponen tetap dan pelbagai, dihubung kaitkan dengan persembahan dan hasil negara,'' katanya pada satu sidang media.

Ahli-ahli Parlimen dijangka membahaskan laporan tersebut apabila bersidang pada 16 Januari ini.

Hsien Loong sendiri akan menerima gaji S$2.2 juta (RM5.37 juta) selepas dikurangkan sebanyak 36 peratus, dipercayai pendapatan paling tinggi ketua kerajaan di dunia, empat kali ganda daripada gaji Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang menerima AS$400,000 (RM1.2 juta) setahun sebagai pemimpin negara itu.

Presiden Singapura, Tony Tan juga akan menyaksikan potongan gaji sebanyak 51 peratus kepada S$1.54 juta (RM3.76 juta).

Potongan itu akan berkuatkuasa dari permulaan penggal lima tahun kerajaan baru iaitu 21 Mei lalu dan garis panduan baru menyaksikan ia disalurkan kepada rakyat biasa Singapura.

Sejak pertengahan 1990-an, gaji anggota Kabinet Singapura berdasarkan kepada dua pertiga pendapatan daripada empat daripada enam bidang iaitu perbankan, akaun, kejuruteraan, undang-undang, pembuatan dan syarikat multinasional.

Ini bermakna gaji menteri-menteri tetap meningkat walaupun mengalami kemelesetan ekonomi, keadaan yang menimbulkan kemarahan rakyat ekoran jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin yang semakin besar. - AFP/AGENSI


tusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment