January 9, 2012
BERIKUT adalah perkembangan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini.
10.55 pagi: Bunyi letupan kali ketiga kedengaran. Anggaran masa letupan berlaku. 10.15 pagi, 10.38 pagi dan 10.55 pagi. Ini adalah anggaran masa letupan berlaku. Setakat ni berlaku tiga letupan. Unit K9 (Unit anjing pengesan) datang jam 10.57 pagi buat pemeriksaan di kawasan disyaki terlibat
10.20 pagi: Difahamkan ada kedengararan letupan di kawasan berhampiran Kompleks Mahkamah
10.15 pagi: Anwar Ibrahim berucap di kawasan parkir
10.15 pagi: Sekumpulan individu yang tidak diketahui identiti cuba mencetuskan provokasi dengan melempar mercun ke arah penyokong Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum itu, berlaku sedikit kekecohan di hadapan Pusat Penjaja Selera Duta dipercayai dimulakan oleh kumpulan sama.
Bagaimanapun, peserta perhimpunan tidak tercabar dengan provokasi itu. Polis cuba menenangkan keadaan dan mengesan individu yang melemparkan mercun tersebut.
10.00 pagi: Anwar Ibrahim masih di tingkat lima Kompleks Mahkamah
9:30 pagi: Peserta Perhimpunan 901 Bebaskan Anwar dan pemimpin PR bergerak ke Masjid Wilayah untuk solat syukur selepas Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah diatas tuduhan liwat
9:25 pagi: Peserta Perhimpunan 901 Bebaskan Anwar bersorak dan melaungkan 'Reformasi' setelah mendapat berita Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah diatas tuduhan liwat. Peserta perhimpunan juga membaca doa sebagai tanda syukur
9.21 pagi: Mahkamah putuskan Anwar bebas dari tuduhan meliwat sebentar tadi
9.12 pagi: Pengerusi DAP Selangor dan Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok tiba di Kompleks Mahkamah
9.05 pagi: Peguam utama Anwar Ibrahim, Karpal Singh tiba bersama anaknya Gobind Singh
9.00 pagiSekitar 6,000 orang berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah
8.55 pagi: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di Kompleks Mahkamah
Sekitar 8.50 pagi: Dalam tempoh asakan lebih kurang enam minit itu, tanpa disedari secara tiba-tiba kumpulan media yang leka mengendalikan tugasan dikejutkan dengan kasut dipercayai milik salah seorang jurugambar media yang melambung secara tiba-tiba. Kehadiran kasut yang melambung secara tiba-tiba itu ternyata mencuri perhatian sebelum disambut dengan pekikan 'wooo!!!' oleh petugas media yang menyaksikan keadaan itu, yang disifatkan sebagai sesuatu yang lucu.
8.50 pagi: Anwar Ibrahim masuk ke dalam kamar mahkamah. Beliau yang berkemeja biru lembut melemparkan senyum kepada yang hadir di galeri awam sambil tangannya memegang reben mata hitam. Anwar kelihatan mengatur anak-anak beliau yang turut hadir. Mahkamah sesak dengan kehadiran lebih 100 orang
8.39 pagi: Anwar Ibrahim dengan diiringi isteri, anak dan menantunya masuk ke dalam Kompleks Mahkamah. Kehadiran Anwar dikerumuni puluhan petugas media yang menanti kehadirannya sejak jam 3 pagi
8.35 pagi: Ada penyokong cuba bertindak ganas dengan menolak pengawal keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada yang 'mengamuk', menangis dan emosi. Anwar dapat memasuki Kompleks Mahkamah selepas 'kekecohan' beberapa minit
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment