January 9, 2012
BESUT - Umi Hafilda Ali menyeru abangnya Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya kembali ke pangkuan keluarga yang beliau tinggalkan semata-mata untuk berjuang dan menjaga kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Umi Hafilda berkata dia kesal dengan Azmin yang telah “disesatkan” oleh Anwar sehingga sanggup membuang keluarga dan tidak pulang berhari raya menjenguk ibu sendiri.
"Mana moral anda (Azmin) hingga sanggup meninggalkan ibu sendiri dan adik-beradik kerana Anwar yang tidak bermoral.
"Tak usahlah bercakap tentang keadilan kalau dengan ibu sendiri tidak berlaku adil meninggalkannya selama lima bulan tanpa diziarahi," kata Umi Hafilda kepada pemberita selepas menyampaikan Ceramah Perdana bertajuk “Siapakah Anwar Ibrahim di Dataran Jerteh Souq yang dihadiri lebih 2,000 orang di sini malam tadi.
Ceramah anjuran UMNO Bahagian Besut itu turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Idris Jusoh dan semua pemimpin UMNO Bahagian termasuk pemuda, wanita dan puteri.
Umi Hafilda berkata ibunya telah menghubungi Azmin berpuluh kali selama ini tetapi abangnya serta keluarga diam membisu dan tidak melayani rayuan ibu mereka.
Sehubungan itu, Umi Hafilda sanggup mengadakan 'roadshow' di seluruh negara bagi menyelamatkan abangnya itu daripada Anwar dan menegaskan dia tidak akan berhenti berbuat demikian selagi Azmin tidak meninggalkan PKR.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment