MANILA 19 Feb. - Presiden Filipina, Benigno Aquino hari ini menyatakan hasrat untuk mengakhiri zaman bujangnya supaya dapat menjadikan dirinya sebagai pemimpin yang lebih baik.
Aquino yang bakal berusia 52 tahun pada bulan ini, mengesahkan sedang bercinta dengan personaliti media berasal dari Korea Selatan, Grace Lee, 29, dan mengakui sudah merancang untuk beristeri sejak zaman kolej lagi.
Lee, yang berpindah ke Filipina sejak kecil, menjadi pembantu hos sebuah program muzik popular radio di Manila serta beberapa rancangan televisyen.
"Dengan bebanan bekerja di pejabat, anda memerlukan teman untuk meluahkan perasaan serta diberikan dorongan, sekali gus ia merupakan kunci kepada inspirasi anda," kata Aquino.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Presiden yang tampil dengan imej botak dan berkaca mata, dikaitkan dengan beberapa wanita yang lebih muda.
Pada 2010, seorang daripada adik perempuannya berkata kepada media, Aquino bercinta dengan sekurang-kurangnya tiga orang wanita muda, termasuk perunding fesyen peribadi beliau, dalam kesibukannya selepas dilantik menjadi Presiden pada Mei tahun yang sama. - AFP
No comments:
Post a Comment