Pemimpin PKR: Saya hanya bantu 'isteri orang lari rumah' - Nasional - Sinar Harian: SHAH ALAM - Seorang pemimpin PKR yang ditahan di sebuah hotel dekat sini awal pagi semalam, dipercayai kerana berdua-duaan dengan isteri orang berkata, wanita yang didakwa bersamanya hanya datang berjumpa bagi menyelesaikan masalah keluarganya.
'via Blog this'
Pemimpin dari Selangor ini berkata, wanita berkenaan datang menemuinya untuk mengadu masalah dihadapinya dan beliau juga telah menasihatkan agar dia pulang semula ke rumahnya.
Dalam mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar pemimpin berkenaan kepada Sinar Harian, beliau mendakwa cuba menyelesaikan masalah rumah tangga wanita berkenaan.
“Kes isteri orang lari dari suami datang ke hotel di Kuantan tempat retreat....Ana (saya) nasihat pulang semula,” katanya lagi.
Difahamkan suami wanita berkenaan mengetahui berita penangkapan itu.
Laporan media menyebut, pemimpin itu ditangkap khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat Kuantan awal pagi semalam.
Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz berkata, pemimpin PKR bersama wanita itu ditangkap oleh sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira pukul 3 pagi di bilik hotel berkenaan.
Siasatan lanjut sedang dijalankan, katanya.
Mohd Ghazali bagaimanapun enggan mengulas lanjut penangkapan pemimpin PKR itu
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment