Berita Harian Online | Surat Tun Mahathir kepada Ehud Barak didedah kepada umum awal minggu depan: SEKINCHAN: Kerajaan akan mendedahkan isi kandungan perutusan surat antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak awal minggu depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, beliau sudahmengarahkan Wisma Putra untuk menyemak surat tersebut dan mendapati ia boleh disiarkan untuk umum."Wisma Putra memberi ulasan dan saya sendiri juga telah menyemak surat tersebut. Esok lusa, kita akan mengambil langkah untuk membenarkan surat itu
diterbitkan secara terbuka, supaya rakyat faham tujuan Tun Dr Mahathir menulis
surat itu untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang menuntut kepada satu
negara Palestin yang berdaulat," katanya di SJKC Yoke Kuan di sini.
Beliau berkata, surat tersebut menunjukkan keprihatinan Dr Mahathir dalam proses
kedamaian di Timur Tengah dan isi kandungannya juga menepati dasar kerajaan Malaysia dari dulu hingga sekarang.
Katanya, isu surat itu dimanipulasikan oleh pihak pembangkang yang sengaja mahu membangkitkan rasa sangsi rakyat terhadap pendirian kerajaan dalam isu ini, tetapi yang sebenarnya mereka mahu mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap Israel. - BERNAMA
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment