Saturday, March 17, 2012

Isu Kadir: Umno sedang kumpul bukti

Isu Kadir: Umno sedang kumpul bukti - Politik - Sinar Harian:PUTRAJAYA - Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung isu Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang dilapor mendakwa Barisan Nasional (BN) membayar pengundi kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu pada pilihan raya umum lepas.

Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata siasatan dibuat bagi memastikan sama ada benar atau tidak veteran Umno itu mengeluarkan kenyataan tersebut.

"...kalau betul kita (lembaga disiplin) akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya, di sini hari ini.

Tengku Adnan diminta mengulas mengenai laporan media kelmarin yang antara lain menyebut bekas Menteri Penerangan itu menafikan beliau mengeluarkan dakwaan tersebut.

Pada Januari lepas, Abdul Kadir dilapor mendakwa BN membayar antara RM200 dan RM1,000 kepada pengundi di kawasan berkenaan agar memilih calon BN pada pilihan raya umum itu.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata selaku bekas pemimpin Umno yang masih memegang jawatan Bendahari Umno Bahagian Kulim-Bandar Baharu, Abdul Kadir tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej parti.

"Jika beliau berasakan Umno tidak betul, mengapa beliau tidak keluar parti?" kata Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya.

Katanya BN dan Umno tidak pernah dan tidak perlu membeli undi pada pilihan raya umum.

Beliau juga menasihatkan Abdul Kadir agar berbincang dengan parti sekiranya ada perkara yang tidak disenanginya.- Bernama
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment