PAPA bercadang mengambil pembantu rumah dari negara lain yang tidak meletakkan sebarang pengkhususan kerja.
Presidennya, Jeffrey Foo, berkata peraturan baru itu amat keterlaluan dan tidak masuk akal, sebaliknya akan membebankan majikan yang terpaksa membayar upah tinggi.
Beliau berkata, ketika memorandum persefahaman (MoU) mengenai pengambilan dan penempatan pembantu rumah Indonesia 2006 yang ditandatangani dua negara itu pada Mei tahun lalu, syarat baru itu langsung tidak ada.
“Jika kini ada pula syarat baru ditetapkan, maka ia jelas melanggar perjanjian yang ditetapkan sebelum ini, kami berharap perkara ini akan diteliti semula dan jika tiada perubahan PAPA tiada cara, selain mencari alternatif baru untuk memenuhi keperluan rakyat kita,” katanya kepada Berita Harian semalam.
Jeffrey berkata, berikutan peraturan baru itu, PAPA juga dalam pertimbangan untuk mengambil pembantu rumah dari negara lain, antaranya Filipina dan Kemboja yang tidak meletakkan sebarang pengkhususan kerja.
Beliau berkata, sejak pembekuan sementara pembantu rumah dari Indonesia pada 2009, PAPA kini menerima lebih 3,000 permohonan baru untuk mendapatkan khidmat mereka.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata, tidak adil kepada majikan yang perlu membayar gaji bulanan RM700 tetapi pembantu rumah hanya melakukan satu tugas khusus saja.
“Ini membebankan majikan yang kemudian terpaksa melakukan tugas lain sebaik mereka pulang ke rumah selepas bekerja. MEF melihat keputusan kerajaan Indonesia itu amat tidak logik,” katanya.
Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata jika keputusan itu tidak dikaji semula, pihaknya bimbang lebih ramai wanita terpaksa berhenti kerja dan menjadi suri rumah.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment