Lim berkata, tindakan itu wajar kerana insiden itu berlaku pada 22 Februari, lebih dua minggu sebelum beliau tiba-tiba dipanggil dan dihukum pada 8 Mac.
"Adakah Ketua Hakim Negara Arifin Zakaria akan campur tangan terhadap hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan yang keras dan berlebihan terhadap imam Hoslan Hussein semalam kerana membaling kasut, meringankan hukuman demi belas ehsan?" tanya Lim sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
Mahkamah Persekutuan semalam menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Hoslan atas kesalahan menghina mahkamah dengan melempar selipar ke arah panel hakim.
Pegawai alam sekitar yang mempunyai tujuh anak itu turut mendapat julukan 'imam BERSIH" kerana mengangkat jubah dan menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya ketika khutbah Jumaat melarang orang ramai turut serta dalam perhimpunan itu.
Ekoran hukuman ini, Pemuda dan Muslimat PAS berazam untuk membantu keluarga Hoslam yang ditinggalkan.
Hoslan mempunyai seorang isteri dan tujuh anak yang sedang membesar.
No comments:
Post a Comment