Tuesday, May 8, 2012

Bersih 3.0: Seorang lagi ditahan di Perak

Bersih 3.0: Seorang lagi ditahan di Perak - Semasa - Sinar Harian:

IPOH - Seorang lagi dipercayai  ada kaitan dengan penglibatannya dalam himpunan Bersih 3.0 ditahan hari ini.

Amirullah Sidik, 43, telah ditahan di Pejabat Pas Perak dan dibawa ke IPD Ipoh kira-kira 2.05 petang tadi.

Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda Pas Perak (Juham), Zambri Rahim berkata, Amirullah ditahan atas Seksyen 440 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kerosakan harta benda awam.

“Tahanan ini dibawa ke IPD Dang Wangi untuk disoal siasat dan kemungkinan akan ditahan reman jika siasatan tidak selesai pada hari ini,” katanya.

Menurut seorang saksi, bekas pegawai tentera itu sudah diekori pihak Polis sehingga di kediamannya di Taman Perpaduan, Ulu Kinta sejak Sabtu lalu.

Ini adalah kes tahanan ketiga tentang penglibatan dalam himpunan Bersih 3.0 selepas selepas dua orang ditahan masing-masing di Melaka dan Negeri Sembilan malam tadi.

No comments:

Post a Comment