Thursday, May 24, 2012

Isu tentera: Nizar beri keterangan polis

Isu tentera: Nizar beri keterangan polis

Muhammad Faeez,
24 Mei 2012

IPOH: Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memberi keterangan kepada pihak polis berhubung dakwaannya tentang pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dengan pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Nizar dalam ceramahnya semasa Pelancaran Pra Bersih Parlimen Gopeng baru-baru ini meminta kepastian tentang pertemuan Najib dengan pegawai-pegawai tinggi ATM.


Akibat dakwaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu, beliau kini disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.


Beliau yang ditemani isterinya Datin Seri Fatimah Taat serta tiga peguam hadir ke ibu pejabat polis daerah Ipoh pada kira-kira jam 10 pagi dan berakhir sejam selepas itu.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang ketika memberitahu media berkata beliau memberi segala maklumat yang diperlukan oleh polis.

Ekoran ucapan beliau pada ceramah berkenaan, beberapa individu dan pertubuhan bukan kerajaan telah membuat laporan polis.
template joomla

No comments:

Post a Comment