Thursday, May 24, 2012

Kerajaan tuntut Ambiga bayar ganti rugi

Kosmo! Online - Negara:


KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia mengemukakan saman menuntut ganti rugi RM122,000 daripada Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga dan sembilan ahli jawatankuasa penganjur kerana gagal mengawal perhimpunan haram pada 28 April lalu sehingga ia menanggung kerugian berikutan kerosakan 15 kenderaan miliknya.
Melalui dokumen diperoleh media semalam, kerajaan memfailkan writ saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 15 Mei lalu.
Selain Ambiga, turut dinamakan sebagai defendan ialah Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, K. Arumugam, S. Arul Prakkash, Wong Chin Huat, Dr. Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo.
Dalam pernyataan tuntutannya, kerajaan (plaintif) berkata, pada 28 April lalu, penganjur berhimpun di sekitar Dataran Merdeka yang dipasang halangan polis sebelum dirempuh menyebabkan berlaku kerosakan harta benda.
Mengikut Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), kesemua defendan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan perhimpunan tidak menyebabkan kerosakan.
Berikutan kecuaian defendan, plaintif terpaksa menanggung kos pembaikan antara RM2,000 dan RM20,000 yang kesemuanya berjumlah RM122,000.
Kes itu ditetapkan bagi sebutan pada 13 Jun depan.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment