Thursday, May 17, 2012

Kenyataan Ismail Sabri dibidas

Kenyataan Ismail Sabri dibidas - Pahang - Sinar Harian:

Kenyataan Ismail Sabri dibidas
MAZLAN
BERA – Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Malaysia (Anak), Mazlan Aliman menyelar tindakan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengeluarkan kenyataan meminta peneroka keluar dari Felda sekiranya berasa diri mereka ditipu kerajaan dan Felda.
Menurutnya, sebagai seorang pemimpin disegani rakyat, Ismail Sabri tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata sedemikian.
Katanya, tindakannya itu hanya mengundang kemarahan rakyat terutama dalam kalangan peneroka dan ia secara tidak langsung menunjukkan beliau bukanlah pemimpin wajar dicontohi.
"Pada pandangan peribadi saya, sememangnya beliau (Ismail Sabri) tidak wajar berkata sedemikian. Sekiranya mahu rakyat menghormatinya sebagai pemimpin, beliau juga perlu menghormati rakyat keseluruhannya," katanya.
Mazlan berkata, walaupun kenyataan itu mendapat sambutan atau tepukan peneroka selaku pengikutnya atau penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN), namun beliau seharusnya bersikap profesional.
Katanya, peneroka berhak berpendapat sedemikian kerana perkara itu adalah apa dirasakan golongan tersebut dengan mendakwa kerajaan dan Felda menipu mereka.
Mazlan yang juga Penyelaras Pakatan Rakyat (PR) Parlimen Bera berkata, sekiranya mana-mana pemimpin BN tidak bersetuju dengan tindakan peneroka, mereka seharusnya menegur dengan cara betul dan bukan meminta peneroka keluar dari tanah rancangan.
"Ada dalam kalangan peneroka sudah mengusahakan kebun mereka lebih 20 tahun dan mengetahui selok-belok urusan Felda.
"Jadi, memang wajar sekiranya mereka mendakwa menjadi mangsa penipuan kerajaan dan Felda. Perkara ini seharusnya boleh dibawa berunding dan bukannya dihalau pemimpin sedemikian," katanya.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment