Thursday, May 17, 2012

Surat pembaca dari blog TT


Surat pembaca dari blog TT

Saya menulis berkenaan dgn apa yg terjadi kpd peneroka dan waris peneroka di Felda Sg. Tiang, Pendang Kedah. Pd hujung April 2012 sy telah pulang ke kampung di felda tersebut. Utk pengetahuan. Sy merupakan cucu kpd peneroka felda. Kedua datuk dan nenek saya telah meninggal dunia dan urusan felda diambil alih oleh Mak Teh 
dan Pak Cik saya.

Felda telah memanggil waris utk satu perjumpaan dan mereka diberi borang pinjaman utk membeli IPO dari Affin Bank ( jika tak salah sbb sy tidak tgk borang tersebut ). Pak Cik saya juga telah diminta utk tanda tangan borang itu dan diberitahu bahawa borang tersebut utk kegunaan pemberian wang durian runtuh. Pak Cik saya ingin membawa terma terma dalam borang tersebut tetapi pegawai tersebut berkata "tak payah la baca. Kerajaan nak bagi duit ambik saja lah".

Kemudian pakcik saya pun tandatangan. Bila saya balik ke kampung, saya lihat ada syarat syarat pinjaman pembelian IPO dari Affin Bank tersebut dan saya bertanya kpd Pak Cik saya mengapa nak bg duit durian runtuh kena isi borang pinjaman IPO. Pak Cik saya pun tidak faham berkenaan dgn IPO tersebut dan saya rasa semua peneroka dan waris peneroka pun tak faham berkenaan dengan IPO ini.

Kenapa Felda menyembunyikan hal sebenar pinjaman pembelian IPO ini dan kenapa tidak ada penjelasan dengan jelas sebelum peneroka dan waris tandatangan. Di siang hari dan dalam terang mereka ditipu di sebalik pemberian durian runtuh. Saya berkata kpd pakcik saya. "Kita tunggu saja lah. Depa nak bagi duit ka depa nak bagi saham!" Sekian, Elsyet Cucu Felda Sg. Tiang


http://www.facebook.com/king.jason.5

No comments:

Post a Comment