Thursday, May 17, 2012
MAHALNYA HADIAH UNTUK WARTAWAN!!!
MAHALNYA HADIAH UNTUK WARTAWAN!!!
Dalam negara Malaysia yang media-media utamanya masih di bawah kongkongan kerajaan yang memerintah, tidak dinafikan peranan wartawan amat penting dalam pilihanraya. Media tersebutlah yang melakukan propaganda untuk ‘mencantikkan wajah BN’ dan memburukkan imej lawan mereka. Maka wartawan perlu diberi penghargaan.
Namun suatu tindakan yang tidak dapat diterima oleh oleh akal yang rasional ialah Permodalan Kedah Berhad (PKB) sebuah syarikat di bawah Perbadanan Menteri Besar di bawah kerajaan terdahulu telah membelanjakan sejumlah RM66,470.00 untuk memberi 50 batang pen bagi dijadikan hadiah oleh Menteri Besar kepada wartawan. Ia berlaku menjelang pilihanraya Mac 2008.
40 batang pen berharga berjenama Mont Blanc berharga RM1,190.00 setiap satu, 9 batang pen berharga RM1,840.00 setiap satu dan sebatang pen lagi berharga RM2,310.00! Seperti pembelian lainnya, ia tidak dilakukan melalui sebut harga atau tender, tetapi dibeli terus dari pembekal Ping Hang Trading, Bukit Kayu Hitam.
Jika RM66,470.00 diguna untuk membeli pen berharga RM0.60 untuk dihadiahkan kepada pelajar-pelajar sekolah maka seramai 110,783 orang akan mendapat manfaat.
http://www.facebook.com/Zulizaf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment