Wednesday, May 16, 2012

Najib diganggu laungan Bersih

Najib diganggu laungan Bersih - Semasa - Sinar Harian:

Datuk Seri Najib Tun Razak
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuktikan beliau mempunyai sifat negarawan apabila bijak mengawal situasi ketika insiden laungan ‘Bersih’ yang berlaku di London sewaktu beliau menyampaikan ucapan dalam satu majlis bersama rakyat Malaysia.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Najib menyedari laungan tersebut datang daripada beberapa individu dalam kelompok kecil.

Menurutnya, Najib lebih memberikan perhatian terhadap ucapannya kepada majoriti yang cenderung untuk mendengar dan mengabaikan laungan yang disuarakan oleh beberapa individu kecil.

“Sebahagian besar yang hadir pada perhimpunan di London itu terdiri daripada masyarakat sivil dan kebanyakan mereka hadir bagi mendengar ucapan Perdana Menteri.

“Sifat negarawan Najib terserlah apabila beliau bukan sahaja tidak memarahi individu tersebut, malah memberitahu bahawa bersedia bersemuka dengan mereka selepas tamat program,” katanya dalam satu kenya­taan semalam.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment